Thursday, May 21, 2015

Pre Ramadhan Self Reflection Programme 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tidak banyak yang dicelotehkan di blog ini. Semangat nak menulis sentiasa turun dan naik :) Insha Allah, suatu masa nanti saya akan buat entry secara konsisten selepas setiap usrah yang dihadiri. Berkongsi cerita usrah yang sentiasa terkesan hati. Cerita gembira dapat berjumpa kak Leena dan adik-adik yang sentiasa mahu mengubah diri.

Ramadhan bakal datang lagi. Allahuakbar! Setahun dirasakan seperti sebulan. Teringat hadis Rasulullah salallahu 'alaihiwassalam tentang cepatnya masa akan berlalu pada akhir zaman. Kiamat makin hampir. Itu pastinya. Bersediakah diri ini?  *krik *krik *krik *krik

Aktiviti usrah pra ramadhan tahun lepas, iaitu ikrar ramadhan masih terkesan di hati. Mana taknya, Ramadhan sebelumnya dibiarkan berlalu seperti bulan-bulan biasa, ia datang dan ia pergi. Tiada usaha yang bersungguh-sungguh nak manfaatkan keberkatannya. Apabila berikrar Ramadhan, Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat mengubah perspektif diri dalam menghargai bulan yang penuh barakah ini. Tahu, ada ilmu dengan keberkatan Ramadhan, tapi...... iman naik turun ikut nafsu yang sentiasa diperkotak-katikkan oleh musuh utama kita Syaitan. Fokusnya semakin kabur. Tujuannya seakan menyimpang. Allahuakbar! May Allah guide us to the straight path.

Alhamdulillah, syukur sangat, tahun ini Kak Leena dan ahli usrah di bawah jagaan kak leena akan mengadakan Program Refleksi Diri Pra-Ramadhan. Terujanya tidak terkata nak ikut serta. Awal-awal lagi dah angkat tangan tawar diri nak jadi AJK meski diri ini tiada pengalaman mengurus program. Jadi, dapatlah bantu adik-adik usrah yang lebih banyak pengalaman setakat mana yang mampu. Program ini tentunya lebih padat dengan pengisian berbanding tahun lepas. Di samping jauh dari sibuk kota, kita boleh fokus dalam usaha untuk muhasabah diri di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.

Jika ada yang membaca entry ini, saya jemput untuk sama-sama menyertai program ini. InshaAllah, Mudah-mudahan Ramadhan kita kali ini lebih berobjektif dan bersistematik. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk Pencipta kita Rabbul 'Alamin.

Ayuh!

Mudah-mudahan usia kita sampai ke bulan Ramadhan nanti. Amin




Sehingga bertemu lagi!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment