Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tidak banyak yang dicelotehkan di blog ini. Semangat nak menulis sentiasa turun dan naik :) Insha Allah, suatu masa nanti saya akan buat entry secara konsisten selepas setiap usrah yang dihadiri. Berkongsi cerita usrah yang sentiasa terkesan hati. Cerita gembira dapat berjumpa kak Leena dan adik-adik yang sentiasa mahu mengubah diri.
Ramadhan bakal datang lagi. Allahuakbar! Setahun dirasakan seperti sebulan. Teringat hadis Rasulullah salallahu 'alaihiwassalam tentang cepatnya masa akan berlalu pada akhir zaman. Kiamat makin hampir. Itu pastinya. Bersediakah diri ini? *krik *krik *krik *krik
Aktiviti usrah pra ramadhan tahun lepas, iaitu ikrar ramadhan masih terkesan di hati. Mana taknya, Ramadhan sebelumnya dibiarkan berlalu seperti bulan-bulan biasa, ia datang dan ia pergi. Tiada usaha yang bersungguh-sungguh nak manfaatkan keberkatannya. Apabila berikrar Ramadhan, Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat mengubah perspektif diri dalam menghargai bulan yang penuh barakah ini. Tahu, ada ilmu dengan keberkatan Ramadhan, tapi...... iman naik turun ikut nafsu yang sentiasa diperkotak-katikkan oleh musuh utama kita Syaitan. Fokusnya semakin kabur. Tujuannya seakan menyimpang. Allahuakbar! May Allah guide us to the straight path.
Alhamdulillah, syukur sangat, tahun ini Kak Leena dan ahli usrah di bawah jagaan kak leena akan mengadakan Program Refleksi Diri Pra-Ramadhan. Terujanya tidak terkata nak ikut serta. Awal-awal lagi dah angkat tangan tawar diri nak jadi AJK meski diri ini tiada pengalaman mengurus program. Jadi, dapatlah bantu adik-adik usrah yang lebih banyak pengalaman setakat mana yang mampu. Program ini tentunya lebih padat dengan pengisian berbanding tahun lepas. Di samping jauh dari sibuk kota, kita boleh fokus dalam usaha untuk muhasabah diri di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.
Jika ada yang membaca entry ini, saya jemput untuk sama-sama menyertai program ini. InshaAllah, Mudah-mudahan Ramadhan kita kali ini lebih berobjektif dan bersistematik. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk Pencipta kita Rabbul 'Alamin.
Ayuh!
Mudah-mudahan usia kita sampai ke bulan Ramadhan nanti. Amin
Sehingga bertemu lagi!
Wassalam.
SISTERS In Circle
Thursday, May 21, 2015
Tuesday, July 15, 2014
Separuh Ramadhan telah pergi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,
Sayu terasa hati ini sayu apabila separuh daripada Ramadhan telah pergi. Setiap kali Kak Leena mengingatkan kami tentang ikrar yang dibuat, terasa sungguh sayu saja ayat-ayatnya.
Salam...adik-adik yang dicintai
Apa khabar ramadhan kita
Apa khabar puasa
Apa khabar solat
Apa khabar qiam
Apa khabar quran
Apa khabar zikir
Apa khabar doa
Apa khabar ukhuwah
Apa khabar nafsu
Apa khabar kasih dan sayang
Sesungguhnya naqibah kami ini orangnya lembut. Pandai bermadah dan berkata-kata. Selalunya hati kami akan cair dan air mata pasti bergenang menginsafi diri. Begitulah Kak Leena, tarbiyahnya secara lembut dan halus menyentuh hati-hati kami yang keras ini. Jazakallahu khairan Kak Leena. Mudah-mudahan Kak Leena dikurniakan syurga Allah.
Ramadhan 1435H menyaksikan kebangkitan para mujahidin di Palestin bangkit menentang kuffar. Semangat mereka juga sedikit sebanyak tempias kepada seluruh muslim hingga ke serata dunia. Saya pasti, anda juga berperasaan sama. Inginkan Islam bangkit gemilang di persada bumi ini. Teruja sekali. Pertama sekali akan ku cuba bangkitkan Islam dalam diri dan keluargaku sendiri. Sedang hebat berusaha bermula dengan diri ini.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan, maka ampunilah kami ya Allah!
Mudah-mudahan kita tetap istiqamah dalam memburu pahala-pahala ibadah dan bertemu malam Lailatul Qadar.

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS. At Tahrim 66:6)
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan, maka ampunilah kami ya Allah!
Mudah-mudahan kita tetap istiqamah dalam memburu pahala-pahala ibadah dan bertemu malam Lailatul Qadar.
Sunday, July 6, 2014
Tadarus Keluarga
Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,
Sudah masuk Ramadhan 1435H yang ke lapan hari ini. Sejak membuat ikrar ramadhan semasa usrah yang lepas, setiap hari mengingatkan diri tentang ikrar yang telah dibuat. Ikrar ramadhan saya telah tempek di sliding door bilik tidur. Sememangnya akan selalu ditatap. Sehingga hari ini, ada yang istiqamah ada yang tidak. Kesibukan kerja di pejabat menghadkan perlaksanaan sesetengah ikrar. Tetapi ada yg berjaya setiap hari dilaksanakan. Di antaranya adalah tadarus keluarga.
Selama hidup berkeluarga aktiviti ini adalah pertama kalinya dibuat. Saya ingin cuba memanjangkan aktiviti tadarus yang selalunya bersama ahli usrah di rumah sendiri pula. Alhamdulillah, mendapat sambutan daripada ahli keluarga termasuk anak yang 5 tahun. Tadarus ini kami buat seusai solat maghrib pada hari bekerja dan penambahan satu lagi sesi seusai solat subuh pada hari minggu. Kami menjalankannya secara santai. Giliran ditentukan dengan proses lat-ta-lilat-laili-lai-tam-plom dan kemudian osom. Penentuan giliran ini memang menjadikan anak-anak teruja, mana taknya mereka selalu lakukan semasa bermain dengan kawan-kawan. Kita perlu gembira membaca Al-Quran. Perasaan inilah yang ingin diterapkan kepada anak-anak ini. Mudah-mudahan kami berjaya menjadikan anak-anak ini insan yang cintakan Al-Quran. Amin.
Kami telah memulakan sesi tadarus ini seminggu sebelum Ramadhan 1435H untuk mendapat rentak dan feel bertadarus. Setelah membaca ayat-ayat Al-Quran, setiap orang perlu membaca terjemahan pula. Kami bertiga, makanya setiap orang akan membaca satu halaman beserta terjemahan. Kami akan menyemak bacaan sesama kami. Sambil membaca terjemahan, sambil kami mengulang suarakan ayat-ayat daripada Allah kepada anak-anak terumatanya tentang solat, zakat, puasa, bersedekah dan kisah-kisah umat terdahulu yang diambil pengajaran daripadanya. Perasaan bertadarus bersama keluarga sangat menenangkan dan menggembirakan. Mudah-mudahan kami dapat istiqamah bertadarus bersama-sama biarpun selepas Ramadhan.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menemukan saya dengan kumpulan usrah ini. Banyak manfaat yang saya peroleh daripada aktiviti usrah. May Allah grant us deep understanding about Islam and guide us to the righteous path. Amin.
Tuesday, June 24, 2014
Indahnya Ramadhan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung yang dikasihi Allah,
Sabtu lepas kami berusrah seperti biasa setelah sekian lama sibuk dengan urusan masing-masing. Hampir sebulan tidak berjumpa dan Alhamdulillah akhirnya berjumpa jua walau kedatangan tidak 100%.
Gembira!
Setelah bertadarus dan bertadabur seperti selalunya, Kak Leena, naqibah yang kami kasihi menjalankan satu aktiviti yang pertama kali seumur hidup ini buat iaitu IKRAR RAMADHAN. Kami perlu menulis di atas kertas dan perlu juga ada saksi. Fungsi saksi adalah untuk membuat peringatan dan follow up tentang ikrar ramadhan yang telah dibuat.
Teruja!
Ya! Tidak perlu tunggu ramadhan untuk melaksanakan. Enjin perlu dipanaskan dahulu supaya bergerak lancar kemudiannya. Kak Leena pesan, jangan jadi orang yang rugi dengan membiarkan ramadhan ini berlalu pergi tanpa kita mengutip pahala di dalamnya. Buatlah sebanyak-banyak pahala di dalam bulan yang pernuh dengan keberkatan ini. Setkan ikrar anda dan laksanakan. Buat berganda pahala.
Vrroooomm!
O Allah, allow us to live till Ramadhan!
Friday, November 15, 2013
Mumtaz di akhirat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung yang dikasihi Allah,
Tertarik hati saya ingin berkongsi satu cerita UPSR yang meruntun jiwa saya sebagai seorang ibu. Perkongsian dari ahli usrah tentang anak saudaranya. Anak saudaranya adalah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah dan menjadi harapan guru untuk dapat 5A. Dengan takdir dan ketentuan Allah, dia tidak mendapat 5A dalam UPSR. Di dalam PSRA juga dia tidak mendapat mumtaz. Dia langsung tidak menangis dengan keputusan peperiksaannya. Guru-guru pula yang datang kepada ibu bapanya dalam tangisan bersedih kerana anak didiknya tidak mendapat seperti yang diharapkan. Tetapi anak saudaranya yang membahasakan dirinya kakak, tidak putus-putus berkata :
Masya Allah! Allahuakbar! Saya percaya tiada ibu yang tidak menangis dengan kata-katanya ini. Walaupun anak ini masih 12 tahun tetapi jiwanya sungguh BESAR untuk mendapat syurga Allah. Seorang anak 12 tahun hari ini, telah mengajar saya sesuatu yang sungguh bermakna. Allah adalah segala-galanya baginya. Tidak sedikit pun dia bersedih dengan hal dunia. Beruntung sungguh ibu bapa kepada anak ini. Sesungguhnya Kakak dan ibubapanya telah cemerlang. Tahniah! Kami di Bulatan Gembira mendoakan kakak akan berjaya suatu hari nanti dengan mendapat double mumtaz, mumtaz dunia dan mumtaz akhirat! Amin.
Sesungguhnya kejayaan yang sebenar adalah kejayaan mendapat syurga Allah. Kegagalan yang sebenar adalah masuk nerakaNya. Dunia ini penuh dengan kesenangan yang palsu.
Keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan semalam. Tahniah kepada semua calon UPSR yang telah mengambil keputusan mereka dan redha dengan ketentuanNya. Tahniah kepada diri sendiri kerana selama ini berusaha datang ke sekolah untuk belajar kerana Allah. Tahniah kepada ibubapa yang tenang dan redha dengan keputusan peperiksaan anak-anak. Tahniah kepada cikgu yang berpenat lelah dan sabar mencurah ilmu kepada anak-anak murid tanpa jemu. Tahniah kepada semua yang terlibat! Marilah kita sama-sama bersangka baik dengan Allah. Jangan disalahkan anak-anak kerana tidak mendapat keputusan yang diharapkan. Jangan disalahkan guru yang tanpa jemu mencurah ilmu kepada anak-anak kita tatkala kita pergi mencari rezeki. Marilah kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Marilah kita jalan terus!
Tertarik hati saya ingin berkongsi satu cerita UPSR yang meruntun jiwa saya sebagai seorang ibu. Perkongsian dari ahli usrah tentang anak saudaranya. Anak saudaranya adalah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah dan menjadi harapan guru untuk dapat 5A. Dengan takdir dan ketentuan Allah, dia tidak mendapat 5A dalam UPSR. Di dalam PSRA juga dia tidak mendapat mumtaz. Dia langsung tidak menangis dengan keputusan peperiksaannya. Guru-guru pula yang datang kepada ibu bapanya dalam tangisan bersedih kerana anak didiknya tidak mendapat seperti yang diharapkan. Tetapi anak saudaranya yang membahasakan dirinya kakak, tidak putus-putus berkata :
"Tidak mengapa kakak tidak mendapat mumtaz di dunia ini. Kakak minta dengan Allah supaya Kakak dapat mumtaz di akhirat"
Masya Allah! Allahuakbar! Saya percaya tiada ibu yang tidak menangis dengan kata-katanya ini. Walaupun anak ini masih 12 tahun tetapi jiwanya sungguh BESAR untuk mendapat syurga Allah. Seorang anak 12 tahun hari ini, telah mengajar saya sesuatu yang sungguh bermakna. Allah adalah segala-galanya baginya. Tidak sedikit pun dia bersedih dengan hal dunia. Beruntung sungguh ibu bapa kepada anak ini. Sesungguhnya Kakak dan ibubapanya telah cemerlang. Tahniah! Kami di Bulatan Gembira mendoakan kakak akan berjaya suatu hari nanti dengan mendapat double mumtaz, mumtaz dunia dan mumtaz akhirat! Amin.
Sesungguhnya kejayaan yang sebenar adalah kejayaan mendapat syurga Allah. Kegagalan yang sebenar adalah masuk nerakaNya. Dunia ini penuh dengan kesenangan yang palsu.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan gurau senda, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba-lumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan dan tanaman-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Di akhirat kelak ada azab yang keras bagi pendusta dan ampunan Allah bagi mereka yang beriman. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(Surah Al Hadid : 20)
![]() |
Dimanakah kita berakhir nanti! |
Wednesday, November 13, 2013
INDAHNYA MENUTUP AURAT.
![]() |
PERMULAAN...
Assalamualaikum
kepada semua pembaca SIC..... Harap anda semua sihat sejahtera. Harap hari ini
kita menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada semalam.
Dalam entry ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang fesyen atau
mungkin tiada kena mengena dengan fesyen untuk entry yang pertama ini. Tujuan saya
menulis ini adalah untuk berkongsi serba sedikit tentang fesyen-fesyen
muslimah yg mengikut syarak, insyaAllah. Dalam entry yang pertama ini saya tidak mahu bercerita dengan lebih dalam tentang fesyen tetapi saya akan berkongsi serba
sedikit sebab-sebab kita perlu menutup aurat.
" dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram), memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya ; dan hendak lah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suaminya atau bapa mereka atau bapa
mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau
saudara-saudara mereka atau anak bagi sudara-saudara mereka yang lelaki atau
anak bagi sudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan
islam atau hamba-hamba mereka atau org
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kakiuntuk diketahui orang akan apa
yang tersembunyidari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
Selepas saya membaca
ayat di atas saya tahu sebenarnya Allah yang perintahkan kita untuk menutup
aurat, itu lah yang menjadi salah satu sebab saya mula menutup aurat sehingga lah sekarang walaupun tidak lah sesempurna mana tapi
insyaAllah akan diperbaiki dari masa kesemasa.
Kenapa kita kena tutup aurat?
Jawapanya mudah
sahaja, setiap wanita islam perlu tutup aurat kerana kita adalah wanita yang
berharga, contohnya kalau kita perhatikan banyak barang-barang yang berharga atau
mahal selalunya barang-barang itu akan di letakkn di dalam bekas kaca supaya
tiada orang yg boleh pegang dan curi dan kita cuma dapat melihat dari jauh,.
Bergitu juga lah kita,
Benarkan kalau menutup aurat itu kita tidak boleh berfesyen?
Tidak semestinya
kalau kita menutup aurat kita tak boleh berfesyen, bagi saya menutup aurat
tidak pernah menghalang kita untuk berfesyen. banyak pakaian-pakaian yang
terkini yang masih lagi kita boleh pakai tetapi yang penting kenala mengikut
syarak yang telah di tetapkan didalam islam. Kini ramai wanita-wanita islam yang
menutup aurat dengan sempurna tetapi masih lagi boleh berfesyen malah mereka kelihatan cantik dan sedap mata
memandang. Tapi kalau nak berfesyen kena lah dalam keadaan bersederhana ya.
![]() |
kan cantik kalau semua menutup aurat seperti ini. |
Jom lah kita ramai-ramai berubah
ke arah kebaikan berubah tu seronok tau, mungkin kita tidak boleh berubah secara
drastik tapi kita boleh buat secara berperingkat-peringkat , jangan pernah
takut untuk berubah ke arah kebaikan kerana berubah itu kan satu perkara yang baik, jangan risau Allah akan setiasa tolong kita dan Allah sentiasa bersama dengan
kita, itu lah kelebihan kita sebagai umat Islam,beruntungkan kita jadi orang Islam.
Ini lah serba sedikit perkongsian daripada saya , insyaAllah sekiranya
ada kelapangan saya akan tulis entry yang lain pula ya. Maaf sekiranya
penulisan saya ini ada menguris hati pembaca2 blog SIC insyaAllah sya akan
perbaiki dari semasa ke semasa.
![]() |
menutup aurat dengan sempurna tidak pernah menghalang kita untuk berfesyen. |
Fashion lover.
" Usrah Sampai Syurga"
Tahajjud Call Tree
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung yang dikasihi Allah,
Semasa Ramadhan 1434H yang lepas, Naqibah kami Kak Leena, telah mengadakan satu aktiviti usrah yang memerlukan kami bangun pada seawal pagi hari iaitu sepertiga malam. Aktiviti ini kami panggil Tahajjud Call Tree. Aktiviti secara berjemaah ini tidak memerlukan kami untuk bersama-sama di dalam satu tempat. Kami akan membuat panggilan telefon berdasarkan turutan yang telah dipersetujui. Kak Leena akan buat panggilan terlebih dahulu kepada Athirah Syafiza. Athirah kemudiannya akan menelefon Hajar. Hajar pula akan membuat panggilan telefon kepada Aida dan seterusnya. Sehinggalah orang yang terakhir iaitu Nesrin akan membuat panggilan kembali kepada Kak Leena. Jadi Kak Leena tahu bahawa semua orang yang terlibat telah bangun untuk bertahajjud. Memang seronok aktiviti Tahajjud Call Tree ini. Walau pun jarak jauh memisahkan kami, tetapi kami rasakan kami bersolat sunat tahajjud bersama-sama. Masya Allah, tak dapat digambarkan perasaan itu. Bermula pada saat itu, setiap hari kami berazam untuk berusaha untuk istiqamah dalam mendirikan solat sunat tahajjud.
Seringkali pada setiap perjumpaan usrah, Kak Leena akan menekankan kepentingan mendirikan Solat Tahajjud ini. Sentiasa terngiang-ngiang kata-kata Kak Leena, bangunlah adik-adik bersolat sunat tahajjud setiap hari. Bangunlah! Sesungguhnya solat sunat tahajjud itu sangat indah. Solat sunat tahajjud itu akan menjadikan kita ketagih untuk mendirikannya berulang kali, setiap hari. Bayangkan hanya diri kita dan Allah sahaja ketika itu, tiada orang lain, hanya Allah dan kita. Mohonlah ampun, mengadulah tentang apa sahaja yang terbuku di hati kita, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Jom kita mulakan solat tahajjud sekarang. Jangan berlengah! Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!
Nota : Kami akan kongsikan tentang tip-tip dan cara-cara mendirikan solat tahajjud dan doa-doa yang berkaitan dalam entri siri tahajjud yang seterusnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Jom kita mulakan solat tahajjud sekarang. Jangan berlengah! Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!
Nota : Kami akan kongsikan tentang tip-tip dan cara-cara mendirikan solat tahajjud dan doa-doa yang berkaitan dalam entri siri tahajjud yang seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)