Monday, November 4, 2013

OUR BONDING STARTS FROM HERE :)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh :)

Manusia itu sejak azali lagi memang dilahirkan sebagai sebagai khalifah yang bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk memimpin diri sendiri malah masyarakat sekeliling termasuklah mereka yang kita sayang.  Alhamdulillah, Allah telah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kami semua melalui pertemuan dalam majlis ilmu yang telah diaturkan bagi membaiki diri masing-masing. Blog ini diwujudkan bagi memberi manfaat kepada yang lain juga hasil dari perbincangan, perkongsian dan aktiviti yang kami terapkan dalam usrah. Kami selalunya akan berkumpul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada hari Sabtu setiap minggu. Usrah akan berjalan lebih kurang 2 jam dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 pm.

Inilah tempat kami berkumpul :) 



Usrah kami ini berasaskan kepada pengisian ilmu dan bukan sahaja dari sudut agama, malah kami semua turut membincangkan isu - isu semasa dalam dan luar negara. Perbincangan juga menjurus kepada pembaikan diri dan pembentukan jati diri untuk menjadi muslimah yang solehah. Selain itu, kami juga mengaitkan dengan kehidupan semasa dan  akan membantu mencari jalan penyelesaian permasalahan-permasalahan tersebut. 

Dari kumpulan usrah ini, kami telah mendapat pelbagai manfaat yang sangat berguna buat diri kami sendiri dan jugak untuk dikongsikan kepada yang lain termasuk ahli keluarga,sahabat handai dan saudara sesama Islam. Harap ukhuwah yang terjalin antara kami ini akan terus kekal hingga ke syurga dan mendapat  keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih berharga dan bernilai dalam kehidupan ini selain mendapat keredhaan Allah SWT.


"USRAH HINGGA JANNAH, INSHAALLAH"

4 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Mabrook Sis Mai.. Permulaan yang baik pada tahun baru ini 1435H
    Usrah hingga Jannah... Jihad hingga Jannah... InsyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Amal Ame :) inshaALLAH kita sama - sama dlm jihad hingga jannah ni ye, dan terima kasih sebab menyokong :)

      Delete
  2. as salam mai.. boleh tak nak tanya cara nak join usrah macam ni.. tima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam mama leen, di sini kita berjumpa lagi :) Kami berada di bawah NGO MIZAN. Puan boleh membuat pendaftaran di www.mizan.my. Setakat ini kumpulan usrah sudah penuh. Tetapi Puan boleh daftar saja. Apabila ada naqibah yg akan buat kumpulan usrah di kawasan puan, berita akan disebarkan dan puan boleh mengikuti kumpulan usrah tersebut. Bilangan ahli usrah disarankan tidak terlalu ramai spy sesama ahli usrah dpt berkenalan dgn lebih rapat dan memudahkan proses pemindahan ilmu dari hati ke hati. IN shaa Allah, kami doakan puan akan dpt ikuti mana2 kumpulan usrah yg dihajati. Saya harap puan berpuas hati dengan penjelasan ini.

      Delete