Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri. (HR Bukhari)
Kami berkumpul pada hari Ahad yang sungguh indah Oktober yang lepas untuk satu sesi perkenalan yang unik sekali. Sesi berkenal-kenalan kami melibatkan pelbagai aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak AJK. Kumpulan-kumpulan usrah di bawah payung NGO MIZAN (Muslimah Interest Zone and Networking) bertemu buat pertama kali di Taman Tasik Shah Alam.
![]() |
Potluck :: Senamrobik :: Taaruf :: Sukaneka |
Setiap daripada kami perlu membawa hadiah untuk sesi Tahadu Tahabbu. Masya Allah, seronoknya dapat hadiah! Dan tentunya yang paling seronok sekali adalah pemberi hadiah itu sendiri. Bahagia terasa si pemberi melihat si penerima gembira mendapat hadiahnya. Sesi seperti ini boleh juga kita aplikasikan di kalangan keluarga besar kita contohnya adik-beradik, sepupu sepapat dan pakcik makcik untuk mengeratkan lagi silahturrahim.
![]() |
Sesi "Tahadu Tahabbu" Salinglah memberi hadiah, nescaya kalian akan saling berkasih sayang. (HR Bukhari) |
![]() |
Saat yang paling indah adalah bersama-sama adik-beradik usrah. Bergembira kerana Allah. |
![]() |
Keluarga besar kami. Allahuakbar! Sesungguhnya, kami benar-benar ingin berjiran di Syurga nanti! Amin |
Didoakan ukhwah kami ini mendapat keredhaan Illahi.
Amin.
No comments:
Post a Comment